Thursday, September 17, 2015

Hari ke -75 (17/09/2015)

Racun terakhir akan dibuat sebelum raya haji.
- racun karas dan baja semburan.
- jangkaan panen pada umur 105 hari @ 02/10/2015.

# dalam meeting - akan ambil 1-2 guni untuk wak tulus.
# jual padi kepada pengilang Cina.
- isu pembayaran
- isu subsidi yg dapat.
# ketua blok @alot akan decide bila tarikh panen.

Friday, July 10, 2015

Update perkembangan Sawah - 11 July 2015 ( Hari ke - 8)

1. Hari ini kerja membaja selesai. Area subsidi jenis urea sebanyak 4 bag telah digunakan.. Baja ini digunakan setelah akar pokok telah ' mencecah tanah' . tujuan Baja ini utk menguatkan n pembesaran batang pokok. Jangkaan slps pambjaan - daun akan menghijau dan batang membesar.

2. Menurut ali, benih padi yang dihanam Kali ini agak tua serta daun kekuningan.
- pemerhatian terhadap pokok ini slps 7 hari, pokok x perlu dicalit semula. Tetapi hanya perlu  menyulam. Pada mulanya dia terfikir utk mencalit lagi sekali !!!

3. Ali minta 500 ( kos racun Dan mencalit)
pembahagian kos .
1. Racun sofix  - Rm230
2. Racun siput - RM80 ( dah bayar)
3. Racun rumputtox RM100
4.Sulam - Rm150
+++
Timbul isu pembayaran untuk kerja sulaman. Sepatutnya kerja ini dilakukan oleh Ali with Foc. Sbb kerja INI termasuk dalam skop kerja.
++++ perbincangan akan diputuskan oleh tim utk kos ini.

Perancangan  lain.

3. Selepas membaja,  kerja2 meracun siput gondang akan dijalan.
- kalau dah meracun, lepas tu disusuli ngan membaja adalah merbahaya kepada petani.

4. Akan meracun ulat. ( karate bersama previton). Jika racun ini di subsidii, jadinya racun ini x perlu dibeli lagi.

5. Baja urea akan ditabur lagi (  baki 1 subsidiary + 3 urea beli)

6. Kerja buang padi angin akan di buat awal musim.

Thursday, July 9, 2015

Jenis variaties musim ini. MR-220 Dan jadual membaja Dan meracun.


2. Ali introduce Baja Baru - jenis cecair. Baja ini akan dicampur dengan racun semasa meracun.
3. Dianggarkan bilangan meracun sebanyak  6 kali sehingga menuai.
4.  Isunya : kenaikan kos.

##
1. Berapa botol
2. Berapa Kali semburan
3. Anggaran kos.

Jadual meracun.
1.
2.
3

Saturday, July 4, 2015

04/07/2015 - Kerja mencalit

Kerja mencalit yang jalankan pagi ini selepas meracun awal pagi tadi. Sama macam musim lepas guna 2 mesin mencalit. Mulai hari ni, kira padi ini berumur 1 hari...

04/07/2015 - Lagi gambar meracun@ sofit

04/07/2015 - Gambar sekitar kerja2 meracun sofit nc300 yang dijalankan pada hari INI.

Kerja-kerja meracun yang dijalankan sebelum menanam.
Racun sofit  digunakan utk membasmi padi angin. 
Oleh kerana masa agak tight, meracun pada pagi ini menggunakan 3 khidmat pekerja.
Pelik sikitkan? Baru semalam membajak, hari ni meracun. Sebab apa??? Petang nanti mesin mencalit datang utk tanam pulakkk..

Friday, July 3, 2015

Racun sofit NC300

Inilah gambar botol racun sofit untuk padi angin dan padi batat. Racun ni diguna sebelum kerja2 penanaman padi dijalankan.
Harga tahun ini ??